Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Di antara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah ia mengandungi lauric acid yang tinggi, sekitar 50-57 % , dan capric acid sekitar 6-7 %. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asli. Tidak melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.
Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara Bio-Asli selain dari ciri-ciri di atas ialah ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi dari 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga.
Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang dikelaskan sebagai ‘functional food’, jumlah bahagian atau jumlah komponennya yang boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.bio-asli.com/